Thursday, 20 March 2014

DJ Kenduri di Sana Sini

Ini adalah sebahagian dari gambar2 penglibatan saya sebagai DJ kenduri dan DJ di Majlis Keramaian dan sebagainya. 

01 Jun 2013 di Kg Kubang Tampang, Lepai
31 Ogos 2013 di Kampong Telok, Bukit Pinang
29 Ogos 2013 di PPD Kubang Pasu 
13 Ogos 2013 Jamuan Raya Perhebat
30 Ogos 2013 Mesyuarat Agong Cawangan di Dewan g Naga
23 Ogos 2013 di Pejabat Pelajaran Alor Star Kedah
17 Ogos 2013 di Rumah Saad Bravo, Taman Naga Mas
20 Jun 2012 DJ Jemputan di Ulu Yam, Selangor
31 Nov 2012 di Taman Mutiara Naga
29 Ogos 2013 di PPD Kubang Pasu
23 Nov 2013 di Kg Tepi Alor
06 Nov 2013 di Tabika Kemas Kg Naga
28 Jun 2013 di Surau Taman Naga Mas
08 Apr 2013 di Sekolah Kebangsaan Jerlun
31 Okt 2013 di Sekolah Padang Pekan
30 Nob 2013 di Rumah Pak Saad Taman naga Mas
27 Dis 2013 Masjid Sultan Rijaluddin Mohammad Shah
05 Sep 2013 di Masjid Kg Telok, Bukit Pinang
01 Feb 2014 di Kg Kuang, Pendang, Kedah
12 Mac 2014 di Kelab Golf Darul Aman
01 Dis 2013 di KgGelong Rambai, Tunjang.

05 Sep 2013 di masjid Kg Telok
22 Jun 2013 di Kg Alor Ganu
15 Feb 2013 di Rmh Hj Aziz Alor Ganu
08 Feb 2013di Rmh Halim Alor Ganu
Kepada sesiapa sahaja yang memerlukan perkhidmatan ini.  Sila hubungi saya.  Terima kasih.




Kenduri di Lepai 01 Jun 2013

Majlis Walimatulurus di Lepai.  Mereka telah mengundang saya untuk buat DJ Kenduri....
hantam sajalah, duduk dalam bangsai pun. Janji kerja berjalan.... kikikikikikikikiki
sekian saja lapuran berita dari saya.... kikikikikikikiki


Kebakaran Hutan 20 Mac 2014 di Dragon Village

Sejak awal pagi lagi, dari anjung tinjau rumah saya kelihatan asap berkepul-kepul diseberang sana iaitu berlalu di Kg Tepi Alor (Belakang Rumah Che Minah).  Tak tahu api itu dari mana asalnya dan merebak kebetulan pula ketika itu angin pun kuat.

Berpunca dari sinilah, api merebak dengan bagitu cepat kerana keadaan angin pun agak kencang.  Akhirnya api dah pun sampai ke kawasan persekitaran belakang rumah kami.
Kami mengambil langkah keselamatan awal dengan menyembur air disekeliling rumah kepunyaan Md Roni dan Rumah Fathee.  Tak lama selepas itu, Bomba pun tiba memberi bantuan.

sejurus selepas itu api berjaya dikawal dan Bomba beredar dari lokasi ini pada jam 2 petang.

Setengah jam kemudian, dah dengar kereta Bomba masuk mai pulak dah.  Api dah melarat disebelah depan lombong terbiar.  Bomba tolong padam lagi.
Alhamdulillah, kini api dah berjaya dikawal oleh pihak bomba.  Terima kasih kepada anggota Bomba yang bertungkus lumus memadam kebakaran.

Nota: Punca kebaran dikabarkan, ada orang yang membersih tanah perkuburan telah membakar kayu-kayu dan dedaun kering dan ditinggalkan.  Oleh sebab angin yang kuat, maka api menjadi cepat merebak.

Ulasan: Bagi saya, kebakaran hutan ini kerap berlaku.  Satu lagi puncanya orang-orang kita banyak dah kaya raya, dia beli tanah tang tu, dia beli tanah tang ni, ditinggalkan dan jadi hutan semak samun tempat sang biawak berpesta dan anjing tiada tuan beranak pinak.  Sang raptilia seperti ular dan binatang-binatang berbisa pun banyak. Dah banyak kami keluarga aku kena gigit tebuan. Ular tedong senduk kekadang merayap sampai tepi pagar saya.

Dah bagi tahu pada tuan tanah berulang kali, minta dia bersihkan.  Tetapi, tahu-tahu sajalah orang kita yang jenis banyak duit ni, dia upah orang bersihkan, orang itu mai dua hari, tebas prehh prehh... lepas tu ditinggalkan 4 - 5 tahun baru nak mai sekali.

Tapi, bagaimana pun prasangka saya dengan kejadian hari ini, saya ucapkan terima kasih kepada jiran-jiran yang perihatin dan anggota Jabatan Bomba & Penyelamat yang sudi datang menolong hari ini.  Bomba beredar dari lokasi sumah saya ini pada jam 3 petang.

Sekian saja lapuran dari saya, dari Bilik Berita Mejar Y Dragon Village.  Terima kasih.... Assalamualaikum...



Wednesday, 19 March 2014

Lukisan Hasil Kerjatangan Aku

Kegiatan aku masa lapang adalah melukis.  Aku memang minat melukis sejak dibangku sekolah.  Masih aku ingat, semasa aku di SMDSO, cikgu selalu ambil lukisan kepunyaan aku untuk disimpan olehnya.

Semasa di dalam Tentera pula, minat melukis ini di panjangkan juga sebagai kegiatan masa lapang aku.  Ketika berada di Kem Lok Kawi Sabah beberapa hasil lukisan kerjatangan aku telah buat.  Diantaranya adalah seperti berikut:
Lukisan ini menggunakan cat minyak dan kulit kayu.  Kulit kayu itu ditampal dengan menggunakan gam dan paku, dilakarkan sebagai keadaan tanah di permukaan bumi.
Paling senang, kerana keadaan tanah seolah2 timbul disebabkan susunan kulit2 kayu tersebut sudah memberikan suatu gambaran jika dipandang dari jauh.
Hanya inilah satu-satunya bahan lukisan yang masih menjadi hiasan di dinding rumah aku sehingga kini.  Jadi semua anak cucu aku nanti akan tahu apa kegiatan aku dimasa-masa lapang.
Ini pula adalah sebahagian dari hasil kerjatangan aku, yang mana sepanduk ini dibuat semasa pertandingan Sepanduk Sempena Bulan Maulidur Rasul di Kem Lok Kawi.  Ada aku simpan sampai sekarang.

Elok tak elok pun, itu sajalah yang boleh aku buat. Kalau ada pembimbing, mungkin aku boleh pergi lebih jauh dari itu...

Sekian terima kasih.


Makan Malam di Anjung Kuala

Anjung Kuala adalah sebuah restoran melayu yang letaknya di Kuala Kedah, jalan nak pergi ke Padang Garam.  Letaknya di pinggir pantai.  Kemudahannya ada disediakan tempat letak kereta yang cukup luas, ada surau dan ada juga tempat penginapan untuk disewa.

Kami pergi kesana sejak dari petang lagi, bawa anak kami Muntasir untuk beriadah dengan menggunakan superbike, ronda2 mengelilingi kawasan persekitaran.
Setelah selesai meronda2 di kawasan persekitaran, melihat segala khazanah yang ada di Muzium Kuala Kedah, kami menyusuri pantai melihat keindahan matahari terbenam.  Pemandangan sungguh indah yang berlatarbelakangkan Kota Meriner dan laut yang terbuka luas. 
Setelah selesai solat Maghrib di Surau Anjung Kuala, seterusnya kami menjamu selera di restoran tersebut. Tak banyak kerenah, kami minta 3 set Nasi Goreng Anjung berserta minuman.  Tak mahal, cuma RM 24.00 sahaja. Berbaloi kan, masakannya pun, boleh tahan, sedap.


Sebenarnya, kami dah banyak kali ke sini, bawa keluarga bersantai dan makan2.  Mungkin sesuai dengan selera tekak kami kot.... kikikikikiki

Itulah kata orang..... kalau sedap, kita datang berkali2.  Kalau tak sedap, jangan harap aku nak datang berulangkali dah..... kikkikik




Tu la, kami dok cadang nak belanja keluarga Nazree Ahmad lepas ni....... tentu seronok kan....Sekian saja cerita dari kami untuk petang ini, jumpa lagi....bye bye...

Muntasir Punya Hal

Petang tadi, 19 Mac 2013 (Rabu) Muntasir anak kami yang bongsu mengamok, nak p naik benda Allah ni, ntah orang panggil apa tak tau......  Maka kami bawa dia pergi Kuala Kedah, ada la benda ni untuk disewa naik pusing2 keliling kawasan tu...... cer tengok..... kikikikikikikikikikiki

jaga2.... nanti jatuh..... kikikikikikikikiki



Perihal Keluarga

Saya - Mejar (B) Yusoff bin Hamid (Orang Kg Telok, Bukit Pinang)
Isteri - Bushro bte Haji Kassim (Orang Kg Sanglang, Kedah)


di belakang sekali (dari Kiri) Mohammed Muslihuddin (Baju Biru) Mohammad Mubassyiran (Baju Pink) Yudia Karmila (tudung Putih) Mohammed Muzamil (Baju kala taik arnab) Mohammad Muzakir (Baju Merah Tua) dan yang kecil sekali Mohammed Muntair (Baju Pink) tiada dalam gambar ini Nur Sabra Syatila.

Anak Sulong- Yudia Karmila (Guru KPLI) berkahwin dengan Abdul Wahid bin Ramli (orang Taiping) dan dikurniakan seorang anak (Mohd Fitri)


Anak yang Ke 2 - Nur Sabra Syatila (Guru KPLI) berkahwin dengan Mohd Safar (orang Sg Petani)dan dikurniakan seorang anak (Aidil Adha)

Aidil Adha dengan ayahnya Mohd Safar.


Anak yang Ke 3 - Mumammad Mubassyiran (Peg TLDM) berkahwin dengan Hasmiza bte Hamid (Orang Sri Manjung) dikurniakan dua orang anak (Putri Nur Zulaikha 3 thn dan Putra Dzulkarnain 2 bln)


yang nampak lengan tu menantu kami Hasmiza dan dibawah ini adalah anak dia yang pertama Putri Nur Zulaikha
yang ini pula, Putra Dzulkarnain.... baru ja lahir ni......
 Anak yang Ke 4 - Mohammed Muslihuddin (TUDM) - masih bujang
Muslihuddin yang sedang dukung Aidil Adha tu......

Anak yang ke 5 - Mohammad Muzakir (Kerja di Putrajaya ROS) - Masih Bujang.
Anak yang ke 6 - Mohammed Muzamil - Tingkatan 5 di MRSM Kbg Pasu. Kalau dalam gambar di hadapan Putrajaya tu, dia berdiri ditepi sekali.

Anak yang ke 7 - Mohammed Muntasir - Darjah 5 di SKKB.  Kalau dalam gambar di hadapan Putrajaya tu, dia yang pakai baju merah.

Bagitulah serba ringkas mengenai kedudukan keluarga kami.  Sekarang kami menetap di Lot 1566/10, Jalan Kampung Naga, 06200 Kepala Batas....
Inilah dangau kami yang telah dibina sejak tahun 2004 dan siap sepenuhnya pada tahun 2005.  kalau sesiapa sudi datang, anda akan disambut dengan ikhlas dan senyuman.  InsyaAllah, kami tak sombong. Tel: 019-5683140 (Yusoff) 017-5318004 (Bushro)

Sekian, terima kasih.....