Berpunca dari sinilah, api merebak dengan bagitu cepat kerana keadaan angin pun agak kencang. Akhirnya api dah pun sampai ke kawasan persekitaran belakang rumah kami.
Kami mengambil langkah keselamatan awal dengan menyembur air disekeliling rumah kepunyaan Md Roni dan Rumah Fathee. Tak lama selepas itu, Bomba pun tiba memberi bantuan.
sejurus selepas itu api berjaya dikawal dan Bomba beredar dari lokasi ini pada jam 2 petang.
Setengah jam kemudian, dah dengar kereta Bomba masuk mai pulak dah. Api dah melarat disebelah depan lombong terbiar. Bomba tolong padam lagi.
Alhamdulillah, kini api dah berjaya dikawal oleh pihak bomba. Terima kasih kepada anggota Bomba yang bertungkus lumus memadam kebakaran.
Nota: Punca kebaran dikabarkan, ada orang yang membersih tanah perkuburan telah membakar kayu-kayu dan dedaun kering dan ditinggalkan. Oleh sebab angin yang kuat, maka api menjadi cepat merebak.
Ulasan: Bagi saya, kebakaran hutan ini kerap berlaku. Satu lagi puncanya orang-orang kita banyak dah kaya raya, dia beli tanah tang tu, dia beli tanah tang ni, ditinggalkan dan jadi hutan semak samun tempat sang biawak berpesta dan anjing tiada tuan beranak pinak. Sang raptilia seperti ular dan binatang-binatang berbisa pun banyak. Dah banyak kami keluarga aku kena gigit tebuan. Ular tedong senduk kekadang merayap sampai tepi pagar saya.
Dah bagi tahu pada tuan tanah berulang kali, minta dia bersihkan. Tetapi, tahu-tahu sajalah orang kita yang jenis banyak duit ni, dia upah orang bersihkan, orang itu mai dua hari, tebas prehh prehh... lepas tu ditinggalkan 4 - 5 tahun baru nak mai sekali.
Tapi, bagaimana pun prasangka saya dengan kejadian hari ini, saya ucapkan terima kasih kepada jiran-jiran yang perihatin dan anggota Jabatan Bomba & Penyelamat yang sudi datang menolong hari ini. Bomba beredar dari lokasi sumah saya ini pada jam 3 petang.
Sekian saja lapuran dari saya, dari Bilik Berita Mejar Y Dragon Village. Terima kasih.... Assalamualaikum...
No comments:
Post a Comment