Wednesday, 19 March 2014

Lukisan Hasil Kerjatangan Aku

Kegiatan aku masa lapang adalah melukis.  Aku memang minat melukis sejak dibangku sekolah.  Masih aku ingat, semasa aku di SMDSO, cikgu selalu ambil lukisan kepunyaan aku untuk disimpan olehnya.

Semasa di dalam Tentera pula, minat melukis ini di panjangkan juga sebagai kegiatan masa lapang aku.  Ketika berada di Kem Lok Kawi Sabah beberapa hasil lukisan kerjatangan aku telah buat.  Diantaranya adalah seperti berikut:
Lukisan ini menggunakan cat minyak dan kulit kayu.  Kulit kayu itu ditampal dengan menggunakan gam dan paku, dilakarkan sebagai keadaan tanah di permukaan bumi.
Paling senang, kerana keadaan tanah seolah2 timbul disebabkan susunan kulit2 kayu tersebut sudah memberikan suatu gambaran jika dipandang dari jauh.
Hanya inilah satu-satunya bahan lukisan yang masih menjadi hiasan di dinding rumah aku sehingga kini.  Jadi semua anak cucu aku nanti akan tahu apa kegiatan aku dimasa-masa lapang.
Ini pula adalah sebahagian dari hasil kerjatangan aku, yang mana sepanduk ini dibuat semasa pertandingan Sepanduk Sempena Bulan Maulidur Rasul di Kem Lok Kawi.  Ada aku simpan sampai sekarang.

Elok tak elok pun, itu sajalah yang boleh aku buat. Kalau ada pembimbing, mungkin aku boleh pergi lebih jauh dari itu...

Sekian terima kasih.


No comments:

Post a Comment