Kami pergi kesana sejak dari petang lagi, bawa anak kami Muntasir untuk beriadah dengan menggunakan superbike, ronda2 mengelilingi kawasan persekitaran.

Setelah selesai solat Maghrib di Surau Anjung Kuala, seterusnya kami menjamu selera di restoran tersebut. Tak banyak kerenah, kami minta 3 set Nasi Goreng Anjung berserta minuman. Tak mahal, cuma RM 24.00 sahaja. Berbaloi kan, masakannya pun, boleh tahan, sedap.
Sebenarnya, kami dah banyak kali ke sini, bawa keluarga bersantai dan makan2. Mungkin sesuai dengan selera tekak kami kot.... kikikikikiki
Itulah kata orang..... kalau sedap, kita datang berkali2. Kalau tak sedap, jangan harap aku nak datang berulangkali dah..... kikkikik
Tu la, kami dok cadang nak belanja keluarga Nazree Ahmad lepas ni....... tentu seronok kan....Sekian saja cerita dari kami untuk petang ini, jumpa lagi....bye bye...
No comments:
Post a Comment