Sebenarnya kumpulan Nasyeed Wanita KRT Taman Naga Emas/Sri Naga telah lama ditubuhkan. Tetapi saya kurang pasti sejak bila kumpulan ini ditubuhkan. Berdasarkan peranan dan perlaksanaan Kumpulan Nasyeed ini tidak berfungsi secara formal, ianya hanya ujud untuk masa-masa yang tertentu sahaja. Oleh yang demikian, Pengerusi yang baru KRT telah menyarakan supaya ianya diperkembangkan semula dan kekal sampai bila-bila.
Bagi kemantapan sesebuah kumpulan nasyeed, kita perlukan perkara-perkara berikut:
1. Mencari seorang Jurulatih yang boleh memberikan bimbingan dan tunjuk ajar.
2. Menggunakan teknologi Muzik Moden Kontemporari dan membuang cara Nasyeed yang lama yang dianggap kurang bersesuaian dengan kehendak zaman.
3. Melatih setiap individu mempercayai diri sendiri didalam penampilan di khalayak ramai.
4. Memperkemaskan mutu suara kerana Nasyeed ini memerlukan Teknikal Vokal yang tinggi dan merdu.
5. Melatih supaya setiap anggota Nasyeed tahu menyanyi mengikut muzik atau rentak sesuatu lagu.
6. Melatih supaya kumpulan Nasyed ini berani tampil diri bila berada di khalayak ramai.
7. Mencari atau mengarang lagu2 yang baru dan berlatih mengikut kehendak dan masa.
Mejar Y atau Pengerusi mempunyai potensi kearah itu dan bersedia membantu berdasarkan kepada pengalaman sebagai seorang Jurulatih Muzik dan Pemimpin. Pernah mengetuai kumpulan Nasyeed Lelaki dengan mendapat gelaran 10 kali johan berturut-turut di Sabah.
Sebagai permulaan, inilah barisan anggota Nasyeed KRT Tmn Naga Emas/Sri Naga bagi kali yang pertama membuat latihan dibawah bimbingan seorang Jurulatih dan Iringan Muzik.
yang hadir adalah:
1. Rosminah bte Din
2. Zaqinab bte Mat Zuki
3. Zainab bte Saad (O)
4. Zainab bte Saad (S)
5. Khalijah bte Hj Ahmad
6. Che Embun bte Dahaman
7. Salmah bte Din
8. Wan Zainun bte Wan Ali
9. Bushro bte Hj Kassim
10. Zunita bte Ibrahim
Turut hadir : Mejar Y (Jurulatih)
Muzamil Yusoff (Keyboard) Jurulatih Muzik
Azmi bin Nayan (SU) - Pemerhati
In Sya Allah... latihan berjalan dengan lancar. Dua buah lagu yang dilatih adalah seperti berikut:
1. Lagu Pertama - Sollaalaikallah (Lagu Ciplak)
2. Lagu Kedua - Ya Ramadhan Al Mubarakh - Ciptaan, Lagu dan lirik (Mejar Y)
Latihan diadakan pada 08 Mei 2015 mulai jam 9 malam dan berakhir pada jam 11 malam.
No comments:
Post a Comment