Tuesday, 2 June 2015

Ceramah Agama Sambutan Israk Mikraj dan Sambutan Ramadhan.

Satu mesyuarat khas yang di Pengerusikan oleh Mejar (B) Yusoff bin Hamid dengan semua AJK KRT Taman Naga Emas/Sri Naga telah membuat keputusan untuk mengadakan sambutan Israk Mikraj dan Sambutan Kehadiran Ramadhan Al-Mubarakh.  Sebulat suara telah bersetuju.

Tarikh : 31 Mei 2015
Jam : 9 Malam
Tempat : Di hadapan DOR Taman Naga Emas
Penceramah : Yang Berbahagia Ustaz Attanthowi bin Yusoff
Jamuan Tengahari : Disediakan
Jamuan Penceramah : Disediakan
Penempatan Hadirin : Di bawah Khemah
Perlaksanaan kerja : Bergotong Royong



 Penceramah:

Yang Berbahagia Ustaz Attanthowi bin Yusoff sedang menyampaikan ceramah












dia menceritakan pasal ayag Ketom dan Cengkoroi











Alhamdulillah... Sambutan hangat dan menggalakkan.  2 biji khemah penuh sesak.








Majlis Ilmu yang penuh barokah.  Alhamdulillah hujan telah berhenti sebelum ceramah dimulakan padahal pada petangnya hujan paling lebat.








Ada yang sanggup bertenggak diatas kapcai dan duduk di birai longkang kerana tidak cukup kerusi.







Sebahagian dari Muslimah yang berebut2 untuk berada di dalam majlis Ilmi... Alhamdulillah.










Kita akan teruskan program ini kerana mendapat sambutan yang memberansangkan.








Pahala dari Allah tidak terhitung banyaknya. sekiranya setiap amal kebajikan dan kebaikan digandakan sehingga 700 kali pahala. MaSyaAllah...








Alhamdulillah... Ustaz Rosni Saad dan Pegawai2 Masjid turut juga hadir.  Meriah sangat.








Kepada semua anak2 kariah... Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi melapangkan masa untuk turut hadir.




Sebelum ceramah dimulakan.  Majlis telah di sajikan oleh Kumpulan Nasyed Nurul Hidayah yang dipimpin oleh mejar Y.  Lagu Pertama - SOLLAALAIKALLAH... Lagu Kedua - YA RAMADHAN AL MUBARAKH (Lagu ciptaan, melodi dan lirik oleh Mejar Y)... Cuma admin rasa terkilan tidak dapat upload gambar2 nasyed kerana admin terlibat dengan coaching Muzik dan Nasyed ketika itu.   Jadi siapa2 yang ada mengambil gambar kumpulan nasyed sedang buat persembahan, sila upload.  Terima kasih.

Majlis berjalan dengan lancar dan teratur.  Pengerusi sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang bekerja keras serta semua ahli-ahli yang turut membantu bagi menjayakan majlis ini.

KALAU ADA SUMUR DI LADANG
BOLEH SAYA MENUMPANG MANDI
KALAU DI IZINKAN ALLAH MASA YANG TERLUANG
IN SYA ALLAH, MAJLIS SERUPA INI KITA ADAKAN LAGI.

terima kasih untuk semua.


Sunday, 24 May 2015

Latihan Nasyed Kali ke 5

Tarikh : 22 Mei 2015
Masa : Jam 9 Malam
Tempat : Dewan Orang Ramai Taman Naga Emas






Kehadiran malam yang ke 5.... ramai
penuh dewan..... 







Gembira kerana malam ke 5 ini nampak sedikit
perubahan.  Bermakna, perkembangan itu ada.
cuma lirik masih tak boleh nak hafal.... berat...





 2 Pendatang baru dari Tunas Jiran
1 bahagian Muzik
1 vokal







Kehadiran Malam Ke 5:
1.     Che Embun bte Dahaman
2.     Wan Zainun bte Wan Ali
3.     Salmah bte Din
4.     Zainab bte Saad (O)
5.     Zainab bte Saad (S)
6.     Zarina bte Fazlim
7.     Khalijah bte Haji Ahmad
8.     Rosminah bte Din

9.     Nor Sakinah bte Din
10.   Normah bte Md Jan
Tidak Hadir : Zainab bte Mat Zuki




Turut Hadir Latihan dari JIRAN MUDA
1.     Rohaiza bte Sulaiman - Vokal
2.     Mohd Mushrif bin Hamizan - Marakas
3.     Nurul Wajihah bte Mohd Zawawi - Belajar


Lain-lain yang hadir:
1.     Azmi bin Yahya (SU) - pemerhati
2.     Hamid bin Osman (Bendahari) - pemerhati
3.     Nor Hamizan bin Ismail - pemerhati
4.     Adinan bin Fazil - Pemerhati










Jurulatih : Mejar Y
Musik : Muzamil (Keyboard)
            Muntasir (Thumbrin)
            Mohd Mushrif (Marakas)










Latihan tamat pada jam 11 malam....
Jamuan Ringan:
Ayag Kopi.... Kueh Ghaya.... ghoti Mayat..... Ghogi hang tak mai Zainab Mat Zuki oiiiii.... tak dapat la makan kueh ghaya....... kikikikikikikiki

LATIHAN NASYED KALI KE 4

Tarikh : 19 Mei 2015
Masa : jam 9 Malam
Tempat : Dewan Orang Ramai Taman Naga Emas




Berlatih rajin-rajin noooooo.... kikikikikikikiki

Sora tekong kena bagi merdu sikit....jangan buat suara Rock











Ingat no..... 40 markah duduk pada Tekong







 Hampa nk nasyed ka tak mau ni.... dok melawan cakap jurulatih...... hadoyyyyy..... kikikikikiki

dah kena marah..... kikikikikikiki






Intro pun Jurulatih kena jugak.... hayun pa la lagu mana pun..... janji bunyi.... kikikikikikik






Kehadiran:
1.     Nor Sakinah bte Samsudin
2.     Zainab bte Saad (O)
3.     Zainab bte Saad (S)
4.     Zainab bte Marzuki
5.     Zarina bte Fazlim
6.     Kholijah bte Hj Ahmad
7.     Rosminah bte Din
8.     Cek Embun bte Dahaman
9.     Salmah bte Din
10.   Bushro bte Haji Kassim
11.   Wan Zainun bte Wan Ali
Turut Hadir:
2 Tunas Jiran - nama tak sempat nak tulis... kikikikiki
Azmi bin Yahya (SU)



Bila dah lengoh2.... makcik-makcik mintak nyanyi sambey duduk pulak.... kikikikikikik









Latihan Tamat pada jam 11.00 malam

LATIHAN NASYED MALAM YANG KE 3

Tarikh : 15 Mei 2015
Masa : jam 9 Malam
Tempat : Dewan Orang Ramai Taman Naga Emas
  


Mejar Y memberi arahan sebelum memulakan latihan.








Jika anda besedia... kita mulakan latihan sambil duduk dahulu supaya kita dapat sedikit melodi dan tone lagu ini.









 Kalau masing-msing sudah faham, ok kita latih secara berdiri pula.... amacammmmmm....




Kehadiran:
1.     Salmah bte Din
2.     Zainab bte Mat Zuki
3.     Zainab bte Saad (O)
4.     Zainab bte Saad (S)
5.     Zarina bte Fazlim
6.     Kholijah bte Hj Ahmad
7.     Rosminah bte Din
8.     Nor Sakinah bte Samsudin
9.     Normah bte Md Jan
10.   Che Embun bte Dahaman

Jurulatih : Mejar Y
Muzik : Muzamil Yusoff (Keyboard)
             Muntasir Yusoff (Thumbrin)


Turut Hadir : Azmi Nayan (SU)
Latihan tamat pada jam 11 malam


LATIHAN NASYED KALI YANG KE 2

Tarikh : 12 Mei 2015
Jam : 9 Malam
Tempat : Dewan Orang Ramai Taman Naga Emas





 Mejar Y (Jurulatih)  sedang memberikan nasihat mengenai teknik suara dan Muzik






Kehadiran: 11 Orang




Latihan nyanyian Nasyed secara berdiri bagi membolehkan teknik suara dan pernafasan lebih jelas dan selesa.







1.     Wan Zainun bte Wan Ali
2.     Che Embun bte Dahaman
3.    Zainab bte Mat Zuki
4.     Zainab bte Saad (O)
5.     Zainab bte Saad (S)
6.     Salmah bte Din
7.     Zarina bte Fazlim
8.     Kholijah bte Hj Ahmad
9.     Rosminah bte Din
10.   Nor Sakinah bte Samsudin
11.   Normah bte Md Jan

Jurulatih : Mejar Y
Muzik : 1.  Muzamil Yusoff (Keyboard)
             2.  Muntasir Yusoff (Thumbrin)


Turut Hadir : Azmi bin Nayan (SU)

Mesyuarat AJK kali ke 2

Tarikh : 21Mei 2015
Masa  : Jam 9 Malam
Tempat : Dewan Orang Ramai Taman Naga Emas
Kehadiran : 23 orang AJK
Tidak Hadir 2 orang - a.    Rosminah bte Din
                                  b.    Noor Hamizan bin Ismail


Agenda:
1.     Bacaan Doa
2.     Ucapan Pengerusi
3.     Membaca Minit Mesyuarat yang lepas
4.     Membentang Perbelanjaan
5.     Perkara-Perkara Berbangkit.
6.     Pembahagian Tugas untuk sambutan Majlis Israq Mikraj dan Sambutan Ramadhan.


Mesyuarat ditamatkan pada jam 11.00 malam.

Mesyuarat AJK KRT Tmn Naga Emas/Sri Naga yang Pertama 2015

Tarikh : 30 Apr 2015
Jam    : 9 Malam
Tempat : Dewan Orang Ramai Taman Naga Emas


Kehadiran : 25 orang (100%)

Agenda:
1.     Bacaan Doa
2.     Ucapan Pengerusi
3.     Penyampaian Sijil Pertauliahan
4.     Membaca Minit Mesyuarat yang lepas.
5.     Membentang Penyata Kewangan

6.     Cadangan:
        a.     Ceramah Israk Mikraj dan Sambutan Bulan Ramadhan
        b.     Rombongan kumpulan wanita sekitar Alor Star
        c.     Senamrobik
        d.     Kelas Muzik
        e.     Tubuh Kumpulan Nasyed Wanita
         f.     Sukanika dan Hari Keluarga
        g.     Baju Koperat untuk jawatan2 penting
        h.     Baju T kepada yang masih belum ada.
        i.      Tubuh team bola untuk mumur 12 tahun kebawah
7.     Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 malam.


NASYEED KRT Tmn Naga Emas/Sri Naga

Sebenarnya kumpulan Nasyeed Wanita KRT Taman Naga Emas/Sri Naga telah lama ditubuhkan.  Tetapi saya kurang pasti sejak bila kumpulan ini ditubuhkan.  Berdasarkan peranan dan perlaksanaan Kumpulan Nasyeed ini tidak berfungsi secara formal, ianya hanya ujud untuk masa-masa yang tertentu sahaja.  Oleh yang demikian, Pengerusi yang baru KRT telah menyarakan supaya ianya diperkembangkan semula dan kekal sampai bila-bila.
Bagi kemantapan sesebuah kumpulan nasyeed, kita perlukan perkara-perkara berikut:
1.     Mencari seorang Jurulatih yang boleh memberikan bimbingan dan tunjuk ajar.
2.     Menggunakan teknologi Muzik Moden Kontemporari dan membuang cara Nasyeed yang lama yang dianggap kurang bersesuaian dengan kehendak zaman.
3.     Melatih setiap individu mempercayai diri sendiri didalam penampilan di khalayak ramai.
4.     Memperkemaskan mutu suara kerana Nasyeed ini memerlukan Teknikal Vokal yang tinggi dan merdu.
5.     Melatih supaya setiap anggota Nasyeed tahu menyanyi mengikut muzik atau rentak sesuatu lagu.
6.     Melatih supaya kumpulan Nasyed ini berani tampil diri bila berada di khalayak ramai.
7.     Mencari atau mengarang lagu2 yang baru dan berlatih mengikut kehendak dan masa.
Mejar Y atau Pengerusi mempunyai potensi kearah itu dan bersedia membantu berdasarkan kepada pengalaman sebagai seorang Jurulatih Muzik dan Pemimpin.  Pernah mengetuai kumpulan Nasyeed Lelaki dengan mendapat gelaran 10 kali johan berturut-turut di Sabah.

Sebagai permulaan, inilah barisan anggota Nasyeed KRT Tmn Naga Emas/Sri Naga bagi kali yang pertama membuat latihan dibawah bimbingan seorang Jurulatih dan Iringan Muzik.
yang hadir adalah:
1.     Rosminah bte Din
2.     Zaqinab bte Mat Zuki
3.     Zainab bte Saad (O)
4.     Zainab bte Saad (S)
5.     Khalijah bte Hj Ahmad
6.     Che Embun bte Dahaman
7.     Salmah bte Din
8.     Wan Zainun bte Wan Ali
9.     Bushro bte Hj Kassim
10.    Zunita bte Ibrahim
Turut hadir : Mejar Y (Jurulatih)
                   Muzamil Yusoff (Keyboard) Jurulatih Muzik
                   Azmi bin Nayan (SU) - Pemerhati
In Sya Allah... latihan berjalan dengan lancar.  Dua buah lagu yang dilatih adalah seperti berikut:
1.     Lagu Pertama - Sollaalaikallah (Lagu Ciplak)
2.     Lagu Kedua - Ya Ramadhan Al Mubarakh - Ciptaan, Lagu dan lirik (Mejar Y)

Latihan diadakan pada 08 Mei 2015 mulai jam 9 malam dan berakhir pada jam 11 malam.







Saturday, 23 May 2015

Mesyuarat Agung Kali Yang Ke 2 KRT Taman Naga Emas/Sri Naga - 28 Feb 2015

Mesyuarat Agung kali yang Ke 2 Tmn Naga Emas/Sri Naga telah diadakan pada 28 Feb 2015 jam 9 malam di Dewan Orang Ramai Taman Naga Emas.  Dihadiri oleh seramai 32 orang ahli KRT.  Mesyuarat kali ini hanya secara ringkas sahaja dengan memberikan tumpuan utama kepada perlantikan AJK yang baru bagi sessi 2015-2016.
 Perlantikan AJK yang baru adalah seperti berikut:
Yang Di Pertua/Pengerusi - Mejar (B) Yusoff bin Hamid
Timbalan Pengerusi - Zainun bin Man
Setiausaha - Azmi bin Nayan
Penolong Setiausaha - Noor Hamizan bin Ismail
Bendahari - Hamid bin Osman
Pengerusi yang baru memulakan ucapan dan terima kasih kepada semua dan berharap supaya AJK baru yang dilantik dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya untuk kebaikan bersama.  Pengerusi yang baru Mejar (B) Yusoff bin Hamid sebenarnya tidak tahu apa peranan dan perlaksanaan KRT.  Baru nak belajar.  Jadi apa-apa yang berkaitan dengan tugas dan pentadbiran sebagainya.  Beliau meminta nasihat dari semua ahli supaya menegur dan memperbetulkan mana-mana yang tidak betul tentang pentadbiran semasa pemerintahannya.

Semua yang dilantik adalah mandat dan kepercayaan dari semua KRT.  Oleh itu Pengerusi berharap agar amanah itu dipegang demi kesejahteraan semua.
Ahli-Ahli Jawatankuasa adalah seperti berikut:
Shariffudin bin Hj Osman
Omar bin Sulaiman
Ahmad Fadil bin Abd Wahab
Zainab bte Saad (o)
Zainab bte Saad (s)
Rosminah bte Din
Wan Zainun bte Wan Ali
Che Embun bte Dahaman
Mohd Zakri bin Kasa
Ramli bin Kadir
Zabani bin Fadil
Ibrahim bin Zakaria
Johari bin Darus
Mazlan bin Abu
Zunita bte Ibrahim
Mohd Azizan bin Din
Mohd Farid bin Abdullah
Ratiah bte Yaacob
Salmah bte Din
Rainah bte Osman


Mesyuarat telah berjalan dengan lancar.  Tidak ada perbincangan yang lain.  Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 malam.

Sekian sahaja lapuran dari saya kali ini:
Terima kasih  dari Mejar Y

Maklumat Ringkas KRT Taman Naga Emas/Sri Naga

Kawasan:
Pecahan persekitaran kawasan KRT adalah seperti Berikut:
1.    Taman Naga Emas                             - 69 buah rumah
2.    Taman Sri Naga                                 - 64 buah rumah
3.    Kawasan Tanah Lot (lubang Korek)   - 14 buah rumah
4.    Kampung Tok Bugey                          - 10 buah rumah
                                                                    ---------------
                                     Jumlah                  = 157 buah rumah
                                                                    ==========

Anggaran Penduduk:
Anggaran penduduk adalah seperti berikut.  Ini hanya berdasarkan kepada purata 4 orang penghuni setiap sebuah rumah
1.    Taman Naga Emas - (69 x 4)               - 276 orang
2.    Taman Sri Naga     - (50 x 4)               - 200 orang
3.    Tanah Lot                                            -   56 orang
4.     KampungTok Bugey                           -   40 orang
                                                                     -----------
                                     Jumlah                   =  572 orang
                                                                     =======
Semua pendududk adalah Melayu.

Kalau perkiraan saya ini salah, tolong perbetulkan... terima kasih.

Wajah Taman Sri Naga dari jalan besar.
 


Crate By: Mejar Y