Inilah dia kereta Adik Nadzree yang pertama kalinya menyusuri Lebuhraya KL dan Melaka. Tapi dia ni pelik sikit, kalau dia memandu lama2, dia dok gadoh nak terlelap..... kikikikikiki
23 Mac 2014. Pepagi buta lagi Adik Nadzree dan Adik Ma keluar pergi cari sarapan pagi, mereka telah menyusuri Pasar Pagi Kg Baru Subang. Tak lama kemudian saya pun menyusul sambil tinjau2 keadaan Pasar Pagi di situ.
Disebelah hadapan dewan inilah Pasar Pagi Kg Baru Subang. (brenti amik gambag sat).... kikikikikikikikik
Baginilah pemandangan sekitar Pasar Pagi Kg Baru Subang.
Aku tak beli apa pun, cuma beli ubi kayu rebus, cicah ngan nyok ja..... sebab apa?... adik Nadzree dah borong nasik lemak berkandang dah.....(banyak duit dia). kikikikikiki
Ni.... aku nak habag kat hampa. Pasar Pagi di dini, Bangla pun jenoh..... banyak dari penduduk tempatan..... kikikikikikikik
Selepas sarahan pagi, jam 10 pagi kami mula bergerak untuk pergi ke Kajang (Makan Kenduri) kami pergi 3 biji kereta termasuk keluarga Tila Safar.
Tukag Dreba..... bagi Mus pulak memandu lam KL.... kikikikikik
(YB duduk sebelah. Datin dok di Belakang).
Secara kebetulan pada tarikh tersebut, semua penduduk Kajang turun membuang undi, jalanraya jadi jem la sikit. Pertembungan diantara BN dan PKR (Wan Jijah). kikikikikikik

Ini sebahagian dari persekitaran kawasan pilihanraya yang sempat kami rakam.
Kami tiba di tempat Kenduri (Dewan Sultan Abd Aziz) lebih kurang jam 12 tengahari. Apa lagi, yang datang awal, makan awal.... kikikikikiki
di sinilah Majlis Walimatulurus O Hana Oohn dan Chamelion Hero. Anak kawan aku Lt Kol Zainuddin bin Adam dan Rahir bte Mokhtar (jiran semasa di Sabah)
Apa lagi, jumpa balik la kawan2 lama kami.... riuh rendah la.... kikikikikiki
Khamis, Saiful dan Ayu
Dari kiri Datin Bushro, Datin Ainun Ghafoor dan Datin Noor Khamis.
Kenangan bersama Ghafoor.... OC Bomba semasa di Lok Kawi....
Dalam dewan sana banyak lagi kawan2 kami yang tak sempat nak snap....... kikikikikik
Tak sempat nak duduk lama di situ sebab nak bergerak ke Melaka pulak. Ada lagi satu kenduri di Melaka..... kikikikikiki, kami tiba di Klebang, Melaka lebih kurang jam 3.30 petang. Masa tu pun orang dok tengah nak lipat meja dah kami sampai.... kikikikikikikiki
Sempat juga la Muntasir menyumbang 1 lagu di Majlis tersebut.... Lagu Putih2 Melati....... kikikikikikiki
Inilah dia wajah2 geng yang pergi makan kenduri di Klebang.
Selepas itu kami dan keluarga bersantai2 di Dataran Pahlawan dan Kota Melaka. Ada yang pusing keliling Kota Melaka sampai lengoh lutut. Ada yang naik menara Taming Sari, Ada yang naik beca bodoh dan ada yang gila dok amik gambag.... kikikikikikik
yang lain2 lagi. depa ikut geng Nadzree.... panjat Menara Taming Sari. kikikikikiki
Sementara menunggu tempat penginapan kami disiapkan, kami bergegas sekali lagi di Klebang. Apa yang ada. Jom, melawat Kapal Selam.
Sebahagian dari produk pelancongan Melaka. Kedah apa yang ada.... Kapal terbang dan Helikopter buruk ada la di simpang 3 TUDM Kepala Batas.... kikikikik
Penat lelah selepas melawat Kapal Selam kami masing2 lapag ayag.... maka singgahlah basah tekak di Pantai Klebang.... kikikikiki
Teh dah kenyang, dok sapu tisu di bibir, belemoih kuah kari.... kikikikikikik
Selepas itu kami pun bergerak balik di tempat penginapan kami iaitu di sebuah villa di belakang Pangsapuri Ixora
Kami menginap disini la, bilik yang luas, ada ekon lagi... kikikikiki
Sebelah malam, kami tak kemana2, masing2 letih, letak kepala terus lena... Bangun pagi ke Mega Mall Dataran Pahlawan.... ada benda lagi yang nak dibeli katanya.... Tak lama dari itu kami kembali ke penginapan, kemas2 dan terus belah balik ke Shah Alam.
Maka bermalamlah kami sekali lagi di Pangsapuri Kg Baru Subang. Esok nak kemana?.... depa dah ada perancangan nak pergi berendam, maka bergeraklah kami ke Taman Tema Air i-city.
Depa ni ditugaskan sebagai pengawal pantai..... kikikikikik
CT My Sarah dan Muntasir adalah diantara mereka yang paling berani main luncur air... Teh dan Mat Iwan penakut sikit.... kikikikikikikikikik
Kalau produk pelancungan seperti ini ada di Dragon Village, kan tak payah kita pergi jauh2...... kikikikikiki
Setelah penat bermain air, kami pun balik ke Pangsapuri. Letak kepala..... lena... Bangun esok pagi nak pergi mana weyyy????? .... apa lagi, pergi Chow Kit dan Jalan Masjid India.... Nak beli baju raya katanya.... kikikikiki
Muntasir penat, tengok mak dia dan Nyang Ma... pegang letak, pegang letak, belek2, tapi tak beli pun...... Aku pulak meronda kot luag, lemas perot tengok sesak sangat. kikikikikikikikik
Lepas itu kami panjat Maidyn... belek2 lebih kurang kami pun belah. Makan2 minum2 Gerai di sebelah Maidyn sambil berhibur dengan penyanyi jalanan.
kalau dah sampai situ, teringat pula anak menakan kami ada sorang lagi yang ada di sekitar KL ni.... Moh pulak kami ke Pangsapuri Thoh Razak..... kikikikikikikik. Dia jamu Mee dengan ayag oren. Mai pulak anak kami Yudia Karmila dengan Wahid (bawa satey)... dapatla pegang2 cucu sat (Mohd Fitri).... kikikikiki
tak bole dok lama umah dia, panaih nak mampoih.... tadak ekon..... kikikikikiki
Lepas tu kami pun balik bermalam di Kg Baru Subang.... Dah masalah pulak. Pak Njang buat2 tinggal spek mata.... tu dia buat akai nak p KL pulak la tu...... Selepas Safar balik dari Kerja lebih kurang jam 3 petang, kami ke KL sekali lagi. Dari KL kami bergerak balik ikut lebuhraya. Singgah di R&R Tapah isi minyak dan isi perot. Sampai di Sg Perak, Pak Njang dah tak boleh nak drive.... ngantok.... Maka terpaksa la aku ganti, drive kereta dia sampai ke Tol Langgar..... Kami tiba di rumah lebih kurang jam 2.30 pagi..... Alhamdulillah, selamat sampai. Sekian sahaja perjalanan kami untuk cuti2 Malaysia musim ini. Duit pun dan habis... tunggu sat, nak kumpul2 balik jual buah hulu...... kikikikikikikikiki, kikikikikikik, kikikikikikiki
No comments:
Post a Comment