Tuesday, 2 June 2015

Ceramah Agama Sambutan Israk Mikraj dan Sambutan Ramadhan.

Satu mesyuarat khas yang di Pengerusikan oleh Mejar (B) Yusoff bin Hamid dengan semua AJK KRT Taman Naga Emas/Sri Naga telah membuat keputusan untuk mengadakan sambutan Israk Mikraj dan Sambutan Kehadiran Ramadhan Al-Mubarakh.  Sebulat suara telah bersetuju.

Tarikh : 31 Mei 2015
Jam : 9 Malam
Tempat : Di hadapan DOR Taman Naga Emas
Penceramah : Yang Berbahagia Ustaz Attanthowi bin Yusoff
Jamuan Tengahari : Disediakan
Jamuan Penceramah : Disediakan
Penempatan Hadirin : Di bawah Khemah
Perlaksanaan kerja : Bergotong Royong



 Penceramah:

Yang Berbahagia Ustaz Attanthowi bin Yusoff sedang menyampaikan ceramah












dia menceritakan pasal ayag Ketom dan Cengkoroi











Alhamdulillah... Sambutan hangat dan menggalakkan.  2 biji khemah penuh sesak.








Majlis Ilmu yang penuh barokah.  Alhamdulillah hujan telah berhenti sebelum ceramah dimulakan padahal pada petangnya hujan paling lebat.








Ada yang sanggup bertenggak diatas kapcai dan duduk di birai longkang kerana tidak cukup kerusi.







Sebahagian dari Muslimah yang berebut2 untuk berada di dalam majlis Ilmi... Alhamdulillah.










Kita akan teruskan program ini kerana mendapat sambutan yang memberansangkan.








Pahala dari Allah tidak terhitung banyaknya. sekiranya setiap amal kebajikan dan kebaikan digandakan sehingga 700 kali pahala. MaSyaAllah...








Alhamdulillah... Ustaz Rosni Saad dan Pegawai2 Masjid turut juga hadir.  Meriah sangat.








Kepada semua anak2 kariah... Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi melapangkan masa untuk turut hadir.




Sebelum ceramah dimulakan.  Majlis telah di sajikan oleh Kumpulan Nasyed Nurul Hidayah yang dipimpin oleh mejar Y.  Lagu Pertama - SOLLAALAIKALLAH... Lagu Kedua - YA RAMADHAN AL MUBARAKH (Lagu ciptaan, melodi dan lirik oleh Mejar Y)... Cuma admin rasa terkilan tidak dapat upload gambar2 nasyed kerana admin terlibat dengan coaching Muzik dan Nasyed ketika itu.   Jadi siapa2 yang ada mengambil gambar kumpulan nasyed sedang buat persembahan, sila upload.  Terima kasih.

Majlis berjalan dengan lancar dan teratur.  Pengerusi sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang bekerja keras serta semua ahli-ahli yang turut membantu bagi menjayakan majlis ini.

KALAU ADA SUMUR DI LADANG
BOLEH SAYA MENUMPANG MANDI
KALAU DI IZINKAN ALLAH MASA YANG TERLUANG
IN SYA ALLAH, MAJLIS SERUPA INI KITA ADAKAN LAGI.

terima kasih untuk semua.